SEJARAH PALAPES UPM | RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
» MENGENAI KAMI » SEJARAH PALAPES UPM

SEJARAH PALAPES UPM

SEJARAH PENUBUHAN PALAPES UPM

 
 Aktiviti ketenteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) bermula di Universiti Malaya dengan penubuhan Rejimen Askar Wataniah (RAW).  Sejarah awal Pasukan Rejimen Askar Wataniah di Universiti Putra Malaysia(UPM) bermula pada tahun 1970 dengan penubuhan Markas Kompeni B batalion Infranti ITM (RAW) di Kolej Pertanian Malaysia, manakala Kompeni A di kampus ITM cawangan Shah Alam. Batalion Infranti ITM (RAW) dipimpin oleh Lt Kol Dr Rashdan Haji Baba, Pengetua Kolej Pertanian Malaysia pada masa itu. Selepas Kolej Pertanian Malaysia ditukar nama menjadi Universiti Pertanian Malaysia pada 4 Oktober 1971, latihan ketenteraan ini terus ditawarkan kepada para mahasiswa dan pegawai UPM.

 Sejarah penubuhan PALAPES telah dimulakan oleh Brigade Jeneral Dato' Abul 'As Ismail, Pengarah Askar Wataniah ke-tujuh. Setelah jawatankuasa tulus angkatan tentera (JKKTAT) meluluskan kertas kerja yang bertajuk 'Raising of Reserve Officer Training Unit in Tertiary Education Institutions' pada 18 Disember 1978, satu mesyuarat penubuhan PALAPES diadakan bersama Naib Canselor atau wakil semua Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera Darat Lt. Jeneral Tan Sri Datuk Mohd Ghazali bin Mohd Seth. Penubuhan tersebut telah mewujudkan satu era yang bersejarah dalam bidang ketenteraan. Tarikh 8 Februari 1980 adalah tarikh rasmi penubuhan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Putra Malaysia.

Updated:: 21/04/2017 [masran]

MEDIA SHARING

WXDdXAA~