KATA ALUAN KOMANDAN | RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
» MENGENAI KAMI » KATA ALUAN KOMANDAN

KATA ALUAN KOMANDAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk melahirkan generasi baru yang cemerlang sememangnya memerlukan usaha yang gigihdan berterusan.Pegawai Kadet seharusnya mampu berdikari dan tidak terlalu bergantung pada pihak lain terutama apabila berada di tengah-tengah kelompok pelajar awam.Sesuai dengan motto PALAPES "Sentiasa Memimpin" maka usaha untuk menggarap bakal pemimpin akan datang dapat dimulakan sekarang.Justeru,Pegawai Kadet selaku contoh pemimpin perlulah sentiasa bergerak aktif bagi menjana bakat dan kebolehan yang ada pada program dan acara universiti.

Pegawai Kadet selaku Mahasiswa juga perlu menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran bagi menghadapi cabaran dalam dunia globalisasi. Oleh itu, wadah perjuangan yang dipaparkan di dalam laman web ini diharapkan dapat menjadi sebahagian daripada mekanisme menampung keperluan untuk Pegawai Kadet membina jati diri dan keterampilan terutama dalam tempoh pengajian yang singkat.

Akhir kata ,tahniah diucapkan kepada semua Peringkat Pegawai Kadet PALAPES UPM dan seluruh tenaga Jurulatih yang bertungkus lumus menaikan nama UPM dipersada dunia.Semoga laman web ini dapat memberi manfaat kepada warga kampus UPM lebih mengenali PALAPES

 

 

 

Updated:: 17/05/2022 [masran]

MEDIA SHARING

WXETIAI~