LATIHAN TEMPATAN, LATIHAN BERTERUSAN SIRI 1/2020 DAN SIRI 2/2020 PEGAWAI KADET PALAPES UPM | RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
» NEWS » LATIHAN TEMPATAN, LATIHAN BERTERUSAN SIRI 1/2020 DAN SIRI 2/2020 PEGAWAI KADET PALAPES UPM

LATIHAN TEMPATAN, LATIHAN BERTERUSAN SIRI 1/2020 DAN SIRI 2/2020 PEGAWAI KADET PALAPES UPM

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia (PALAPES UPM) telah melaksanakan Latihan Tempatan, Latihan Berterusan Siri 1/2020 dan Siri 2/2020 mulai 18 Sep hingga 15 Okt 2020. Latihan ini melibatkan 161 orang Pegawai Kadet iaitu 38 orang  peringkat Senior, 65 orang peringkat Intermediate dan 68 orang peringkat Junior.

 

Latihan ini melibatkan latihan teori dan praktikal iaitu yang terkandung di dalam silibus pelajaran Pegawai Kadet PALAPES. Latihan ini dilaksanakan di kawasan am UPM Serdang, Lapang Sasar Bukit Jugra, Banting dan Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Puchong.

 

Antara latihan yang dilaksanakan adalah Latihan Abseiling, latihan menembak, kelas pengendalian senjata kecil dan latihan kawad kaki. Latihan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membina keyakinan dan jati diri Pegawai Kadet disamping meningkatkan ilmu pengetahuan ketenteraan mereka. Latihan ini juga melibatkan 4 orang Pegawai Angkatan Tetap, 5 orang Pegawai Sukarela, 28 orang Anggota Angkatan Tetap dan 161 orang Pegawai Kadet. Latihan ini turut dihadiri oleh Timbalan Komandan, Mej Muhamad Fadzil bin Repin @ Rebin dan Ketua Jurulatih, Mej Ahmad Tarmizi bin Mohamed.

Date of Input: 17/05/2022 | Updated: 17/05/2022 | masran

MEDIA SHARING

RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97697826
03-97697825
WXEbPAD~