Encik Mohd Masran Bin Hj, Mat Aris Terima Anugerah Tokoh Pekerja UPM (Pelaksana) 2021 | RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
» NEWS » Encik Mohd Masran Bin Hj, Mat Aris Terima Anugerah Tokoh Pekerja UPM (Pelaksana) 2021

Encik Mohd Masran Bin Hj, Mat Aris Terima Anugerah Tokoh Pekerja UPM (Pelaksana) 2021

 
 

Serdang, 24 Mei- Encik Mohd Masran bin Hj. Mat Aris daripada Pejabat Tadbir Awam, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Putra Malaysia telah menerima Anugerah Tokoh Pekerja UPM 2021 (Pelaksana) bersempena dengan Majlis Gemilang Putra 2022. Sebagai tokoh pekerja UPM berikut adalah latar belakang dan pencapaian beliau yang tidak dapat dinafikan untuk diangkat sebagai Tokoh Pekerja UPM 2021 Kategori Pelaksana.

Encik Mohd Masran bin Hj, Mat Aris dilahirkan pada tahun 1963 di Kampong Padang Lebar, Rembau Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Serdang dari tahun 1970 sehingga tahun 1976 dan meneruskan pengajian keperingkat menengah di Sekolah Menengah Tinggi Kajang dari tahun 1977 sehingga 1982.

Beliau memulakam perkhidmatan di UPM pada tahun 1981 sebagai Buruh (Kontrak) bergaji hari di Bahagian Ladang UPM. Pada 26 April 1982 beliau telah ditawarkan jawatan tetap di Fakulti Kejuruteraan dengan menyandang jawatan sebagai Pelayan Pejabat di gred N1.Di Fakulti Kejuruteraan, UPM beliau terlibat dalam pelbagai tugasan yang diarahkan dari semasa kesemasa sehingga tahun 1985. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Kerani gred N17 di Kolej Kelima, UPM pada tahun 1986. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Kolej Kelima, beliau diberi kepercayaan untuk menanggung kerja sebagai Pengurus Asrama Kolej Kelima pada Mac hingga Mei 1997 dan Jun hingga Ogos 2000. Beliau juga diiberi kepercayaan untuk menanggung kerja sebagai Pengurus Asrama Kolej Moohamad Rashid, UPM pada Disember 1999 hingga Mac 2000. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Kolej Kelima, pelbagai pembahuruan dan sumbangan idea bernas yang beliau berikan kepada kemajuan dan kecermelangan Kolej Kelima. Untuk Pengetahuan bersama, beliau merupakan individu pertama memperkenalkan Pelbagai Warna Blok Kediaman di Kolej Kelima pada ketika itu dan seterusnya menjadi ikutan di semua PTJ di UPM.

Di atas kecermelangan dan sifat didikasi yang tinggi dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di peringkat universiti pada tahun 1995. Sejurus selepas itu pada tahun 2003 beliau telah di pinjamkan ke Sekolah Pengajian Siswazah bagi mengendalikan urusan pasport pelajar luar negara dan beliau telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Pada tahun 2003 beliau telah di naikan pangakat sebagai Ketua Kerani gred N22 dan telah di tempatkan di Pejabat Pendaftar selama 5 tahun. Semasa berliau berkhidmat di Pejabat Pendaftar dengan perkhidmatan yang telah di curahkan kepada UPM selama lebih 20 tahun, beliau telah di anugerahkan Anugerah Setia Putra pada tahun 2003 dan juga telah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Kerani Kanan gred N26. 

Pada tahun 2007 beliau telah dinaikan pangkat ke Jawatan Penolong Pegawai Tadbir gred N27 dan di tempatkan di Pusat Pendidikan Luar, UPM. Di atas kecermelangan dan sifat didikasi yang di tunjukkan semasa bertugas di Pusat Pendidikan Luar, UPM, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlangan di peringkat universiti pada tahun 2009. Pada tahun 2010 beliau telah di tempat di Fakulti Ekonomi, UPM. Dengan kewibawaan yang beliau ada, pada tahun 2011 beliau sekali lagi dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Kanan gred 32 dan beliau telah di tempatkan di Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, UPM (PALAPES). Lebih 30 tahun menabur bakti kepada UPM, beliau telah di anugerahkan Anugerah Bakti Putra oleh UPM. Dengan keringat bakti yang telah ditaburkan dan dicurahkan selama 30 tahun kepada UPM dan di atas kecermelangan dan sifat didikasi yang ditunjukkan pada tahun 2014 beliau sekali lagi dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Universiti.

 

Di peringkat universiti beliau seringkali terlibat serta pernah menjadi Ketua Jurulatih bagi Pasukan Bolasepak Pelajar UPM. Beliau juga seringkali melibatkan diri sebagai Jawatabkuas Kerja, Kelab dan Aktiviti UPM dan Universiti Awam Malaysia.

Beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti komuniti khususnya di kawasan kediaman beliau dengan menjalankan tugas sebagai Penyelia Anak Angkat Pili Bomba  Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Beliau mempunyai budi pekerti yang baik dan disenangi ramai sehingga mendapat kepercayaan untuk menguruskan Naib Canselor Merangkap Kpmandan PALAPES UPM dalam menghadiri Majlis Ketenteraan dan Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UPM di Peringkat Universiti Awam Malaysia.

Beliau telah banyak menyuntik unsur inovasi dalam menguruskan serta melatih Pasukan Bolaepak Pelajar UPM dengan nilai tektikal yang terkini dan tersendiri sehingga Pasukan Bolasepak Pelajar UPM merangkul pelbagai kejuaraan termasuk Kejohanan Bolasepak IPTA apabila beliau di Anugerah Sebagai Jurulatih Cemerlang pada Tahun 2012.

Dalam menjalankan tugas harian juga alemen inovasi dapat dilihat menerusi pendekatan- pendekatan yang diterapkan dalam memastikan tugas yang dijalankan  dapat diselesaikan dengan mudah dan sempurna sehingga membolehkan beliau dianugerahkan Anugerah  Perkhidmatan Cemerlang beberapa kali sepanjang perkhidmatan belaiu di UPM.

Beliau adalah seorang yang kreativ dalan menjalankan aktiviti serta tugas harian kerana seringkali berjaya untuk menyumbangkan buah fikiran yang bernas dalam menyelesaikan isu ditempat kerja mahupun bagi meningkatkan mutu perkhidmatan. Nilai ini berjaya menjadikan beliau sebagai tempat rujukan para pelajar sebelum aktiviti disusun serta nilai ini juga telah berjaya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di PALAPES dan UPM. Pemikiran kreativ yang beliau miliki banyak membantu dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul baik dari isu kewangan, isu pekerja mahupun isu pelajar.

Encik Mohd Masran bin Hj. Mat Aris menerima trofi dan sijil penghargaan semasa Majlis Gemilang Putra 2022

Dengan itu, pihak Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian cemerlang berterusan oleh Encik Mohd Masran bin Hj. Mat Aris. Semoga kejayaan beliau terus memberikan inspirasi dan aspirasi untuk warga PALAPES terus cemerlang dalam bidang yang diceburi dan membanggakan warga UPM.

Trofi dan Sijil Anugerah Tokoh Pekerja UPM (Pelaksana)

Semoga beliau terus menabur bakti kepada nusa dan bangsa dan terus maju jaya dalam kehidupan.


Date of Input: 28/05/2022 | Updated: 28/05/2022 | masran

MEDIA SHARING

RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97697826
03-97697825
WXEbQAc~