Naib Canselor UPM Dianugerah Tauliah Kolonel (Kehormat) | PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)
» BERITA » Naib Canselor UPM dianugerah tauliah Kolonel (Kehormat)

Naib Canselor UPM dianugerah tauliah Kolonel (Kehormat)

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dianugerahkan tauliah Kolonel (Kehormat) di dalam  Angkatan Sukarela Persekutuan selaku Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia dalam satu upacara pemakaian pangkat di Markas Tentera Darat, Bahagian Pasukan Simpanan, Kementerian Pertahanan.

Upacara pemakaian pangkat itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia.

Penganugerahan tauliah tersebut telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas syor Majlis Angkatan Tentera Kali ke-548 yang bersidang pada 23 Mei lalu. - UPM

Tarikh Input: | Kemaskini: 02/05/2017 | nurul

PERKONGSIAN MEDIA

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97697826
03-97697825
WXEUXAG~