Menteri Kanan Pertahanan Raikan Sambutan Aidilfitri Bersama Warga ATM | RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
» ACTIVITIES »

Event Title
Menteri Kanan Pertahanan Raikan Sambutan Aidilfitri Bersama Warga ATM
Date
16 May 2022 - 16 May 2022
Time
09.00 - 01.00
Location
Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM
Event Summary
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein meluangkan masa menghadiri dan memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 16 Mei 2022. Setelah tidak dapat dilaksanakan sejak dua tahun lalu akibat penularan wabak COVID-19, majlis pada kali ini diadakan melalui kelonggaran penganjuran majlis-majlis rasmi dalam fasa endemik yang mana melibatkan kehadiran seramai 2,000 warga ATM, Kementerian Pertahanan dan veteran ATM. Terdahulu, ketibaan Menteri Kanan Pertahanan dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah disambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan isteri, Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah serta para pegawai kanan. Menteri Kanan Pertahanan turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Hari Raya yang disediakan oleh Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) kepada 35 anggota tentera cedera terdiri daripada lima anggota masih dalam perkhidmatan dan 30 telah bersara. Majlis yang dikoordinasikan oleh Bahagian Logistik Pertahanan (BLP) ATM menyajikan pelbagai juadah Hari Raya kepada para tetamu yang hadir di samping diserikan dengan persembahan hiburan daripada gabungan ketiga-tiga Badan Kesenian Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM.

Updated:: 18/05/2022 [masran]

RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97697826
03-97697825
WXFFFAg~