Majlis Pertauliahan PALAPES Darat Universiti Awam Ke 39 | RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
» ACTIVITIES »

Event Title
Majlis Pertauliahan PALAPES Darat Universiti Awam Ke 39
Date
17 Jan 2022 - 17 Jan 2022
Time
09.00 - 05.00
Location
Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM, Serdang.
Event Summary
Seramai 212 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah, pada hari ini. Kesemua Pegawai Kadet tersebut telah ditauliahkan di dalam Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet PALAPES Darat Ke-39 bagi Zon Tengah 2. Majlis yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, dilangsungkan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM, Serdang. Di dalam majlis yang sama, Leftenan Muda Eddy Irwan bin Sidek dianugerahkan sebagai Pegawai Kadet PALAPES Terbaik. UPM, manakala Pegawai Kadet PALAPES Terbaik UPNM dianugerahkan kepada Leftenan Muda Mohamad Firdaus bin Adnan.

Updated:: 18/05/2022 [masran]

RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97697826
03-97697825
WXFFQAU~