ASKAR WATANIAH | RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
» ASKAR WATANIAH

ASKAR WATANIAH

 

SEJARAH ASKAR WATANIAH MALAYSIA  

Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah suatu angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Sukarela yang bersama-sama Tentera Darat dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.      Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia  bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).       Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, Darurat 1948-1960 dan Konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai Home Guard. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia. SEJARA3 Konsep mempertahankan negara melalui pasukan sukarela di Tanah Melayu telah bermula sejak awal Zaman Pemerintahan British. Malahan konsep ini telahpun wujud sejak Zaman Kesultanan Melaka, yang mana mereka sanggup berkhidmat secara sukarela serta melafazkan taat setia kepada raja untuk mempertahankan negara.      Januari 1874, dengan termeterainya Perjanjian Pangkor telah membuka ruang kepada British untuk campur tangan dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu. Pada 1 Julai 1896, Persetiaan Persekutuan telah ditandatangani. Dengan ini, terbentuklah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu serta campur tangan British yang lebih meluas. Berikutan dengan wujudnya Persetiaan Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seolah-olah tertakluk kepada kuasa pemerintahan Negeri-Negeri Selat, di mana segala masalah keselamatan dan pertahanan dirujuk kepada pemerintahan Negeri-Negeri Selat. LATAR BELAKANG PENUBUHAN PASUKAN SUKARELA Singapore Volunteer Artillery (SVC). Sehingga ke tahun 1901, SVC telah berjaya menubuhkan beberapa kor lain seperti Singapore Volunteer Rifles (SVR), Singapore Volunteer Engineer (SVE) dan Singapore Volunteer Infrantry (SVI). Pasukan Sukarela pertama yang ditubuhkan di Semenanjung ialah di Pulau Pinang pada 1891. Pasukan ini dikenali sebagai Penang Volunteers dan telah dilembagakan sebagai sebuah pasukan infantri melalui kuatkuasa Volunteer Ordinance 1888. Pada ketika itu keanggotaan ialah seramai 60 orang, terdiri daripada orang berbangsa Eropah dan Serani. Pada 26 Jun 1899, Penang Volunteers yang kedua telah ditubuhkan. Kapten Arthur Adam telah dilantik menjadi Pemangku Komandan. Pada 25 Oktober 1901 pula telah ditubuhkan satu kompeni SVC di Melaka diketuai oleh Kapten R. N Bland. Keanggotaannya adalah seramai 47 orang terdiri daripada orang Eropah, Melayu, Cina dan Serani. Manakala di Seberang Perai atau Province Wellesley, pada tahun 1915 telah ditubuhkan Pasukan Pertahanan Tempatan. Pasukan ini dikenali sebagai Province Wellesley Volunteer Rifles (P&PWVR). Kapten W.Duncan (Pengurus Ladang Kumpulan Caledonia) telah dilantik menjadi Pegawai Pemerintah pertama pasukan ini. Kebanyakan pegawai MSVR ini terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) yang pada kebiasaannya Pegawai Daerah sendiri menjadi pemerintah. Untuk menggalakkan lebih ramai pegawai atasan menyertai MSVR, beberapa keistimewaan telah diberikan kepada mereka. Antaranya, memberi kenaikan pangkat dengan cepat. Di samping itu sambutan daripada pembesar-pembesar lain amt menggalakkan. Dalam tahun 1913, Enakmen Sukarelawan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dikuatkuasakan dan ini telah mendorong Negeri-negeri Melayu yang lain (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu atau Unfederated Malay States) menubuhkan Pasukan Sukarela masing-masing. Negeri-negeri yang telah menubuhkan Pasukan Sukarela masing-masing adalah Johor (1914), Kelantan (1917) dan Kedah (1930). Pasukan-pasukan ini dikenali sebagai Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF). Menjelang tahun 1915, di samping MSVR, Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula menubuhkan The Malayan Volunteer Infantry (MVI). •The Malayan Volunteer Infantry, Perak - Mac 1915 •The Malayan Volunteer Infantry, Selangor - 1915/1916 •The Malayan Volunteer Infantry, Pahang - April 1916 •The Malayan Volunteer Infantry, Negeri Sembilan - Sept 1915 PENYUSUNAN SEMULA Tahun 1921 sehingga 1937 merupakan satu era penyusunan semula ke atas Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Di Negeri-negeri Selat, Pasukan SVC, SVA dan SVI, memulakan proses penyusunan semula pada 1921. Pasukan-pasukan ini telah digabungkan dan diberi nama baru sebagai Straist Settlement Volunteer Force (SSVF) dengan ibu pejabatnya di Singapura. Leftenan Kolonel P.E Spencer telah dilantik menjadi Komandan SSVF yang pertama dan di samping itu, terdapat juga orang-orang Melayu yang telah diberi jawatan pegawai, terutama daripada pasukan SSVF Melaka seperti: •Kapten Muhd Ali bin Maidin. •Leftenana Abbas bin Said (kemudiannya memasuki Askar Melayu). •Leftenan Abu Bakar bin Umar. •Leftenan Jetti bin Ahmad. •Leftenan Usman bin Kering (Datok Naning). Manakala pada tahun 1937, pasukan Sukarela Malay States Volunteer Rifles (MSVR) juga telah disusun semula dan diberi nama baru yang dikenali sebagai Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF). Semasa Perang Dunia Kedua, pasukan inilah sebenarnya yang terlibat penuh membantu angkatan tentera lain untuk menentang Jepun. Pasukan ini mempunyai batalion-batalionnya di setiap negeri, di samping itu mempunyai kompeni machine gun, kompeni orang Cina dan pasukan meriam (light battery). Pecahan batalionnya adalah seperti berikut: •Batalion 1 - Perak •Batalion 2 - Selangor •Batalion 3 -  Negeri Sembilan •Batalion 4 - Pahang Dari gagasan P&PWVF, SSVF dan FMSVF inilah bermulanya sejarah pasukan Sukarela di negara ini. Secara amnya dapat disimpulkan bahawa Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah menjadi faktor penggerak penubuhan Pasukan Sukarela, dan di antara pusat Pasukan Sukarela yang ulung sekali ditubuhkan ialah di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Pasukan ini dikenali sebagai Sultan Idris Training College Volunteer Force atau SITCVF. Pada tahun 1929, satu kontinjen Sukarela dari Tanah Melayu telah dihantar ke England untuk menghadiri upacara kemahkotaan Raja dan Ratu United Kingdom. Manakala pada tahun 1934, memperlihatkan P&PWVF dan MSVR dianugerahkan Panji-panji  Rejimen masing-masing di samping menerima Panji-Panji DiRaja.

WXDdQAc~